Pages

Friday, November 19, 2010

Exam? ada apa dengan exam..?


menjalani kehidupan sebagai pelajar muslim sejati
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...
herm...bila time exam kalian mesti berdebar-debarkan..?macam nak pergi berperangkn?..walhal nak berdepan dengan kertas je yang dipenuhi dengan soalan..hah..kat situlah keistimewaan exam ni sukar nak diungkapkan.Bila cakap pasal exam sume muka blur..tapi sebenarnya exam juga merupakan medan pentempuran untuk kita yang bergelar seorang pelajar. Setelah kita dah mengasah dan praktis untuk satu sem ni so examlah medan petempurannya.Selain itu exam lah nak menentukan usaha kita selama satu sem ini sama ada kita fokus ke tak..kalau diikutkan sepanjang pembelajaran satu sem ni macam-macam berlaku ada yang tidur dalam kelas,berborak,makan,main-main tapi yang tak dapat dilupakan kene berdiri kat depan sebab masuk lambat masa hari seminar fiqh muamalat huish..memalukan dan kenangan tidak dapat dilupakan.so jawapannya tunggulah exam nanti...cakap pasal exam lagi..daripada exam juga Allah menilai daripada apa yang kita buat selama ni..antaranya macam mana hubungan kita dengan Allah,Rasul,makayah,adik-adik,pensyarah dan kawan-kawan.So kita kenelah jaga semua aspect tersebut.USAHA TANGGA KEJAYAAN slogan yang biasa kita dengar..tapi memang terbukti orang yang berusaha insyaAllah memperolehi kejayaan..sebab dah tengok dah kawan-kawan yang selama ni berusaha memang kejayaan miliknya..tinggal berapa hari je nak exam jadi kita gunakan masa ni sebaik mungkin Allah menilai juga usaha kita di saat akhir ni insyaAllah..After exam nak berdepan dengan result pula jadi harap kawan-kawan redha dengan apa yang kita dapat dan bersangka baiklah dengan Allah untuk result kita kelak..insyaAllah sume ada hikmahnya..kat sini ada tips-tips exam daripada ustaz Sufi mase kelas last halaqah hari tu...

  • Amalkan solat hajat setiap hari untuk kali ni baca surah banyak sikit daripada biasa contohnya al-Ikhlas 7 kali
  • Solat berjemaah dalam sehari walaupun tak dapat semua waktu
  • Telefon mak masa nak start study ataupun mase nak masuk peperiksaan suruh mak doakan time tu juga, even da telefon semalam (so jangan kedekut kredit)
  • Elakkan melakukan maksiat
  • Tawakal pada Allah banyak-banyak
  • Sebelum nak buka result nanti solat hajat dan istighfar banyak-banyak then baru buka result (usaha dan tawakal kita yang terakhir) 
Ok tips-tips ni boleh amalkan sampai da habis exam sampai tua pun takpe untuk mendapat keberkatan dalam hidup ...maan taufik wan najah wasalam
 slip exam yang akan dibawa masuk ke dewan peperiksaan YA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KAMI AMEEN...



Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Semester I Sesi Akademik 2010/2011



Tarikh dan Masa Cetak:   19/11/2010     9:06PM


No Matrik:1080060No Sem:5
Nama:NOR IZATY BINTI ROSLINo KP:880523045282
Program:SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN 
Fakulti:FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

KodNama KursusSetTarikhMasaTempohTempatNo Meja








UTA2082PENGAJIAN HALAQAHHMB5Tiada Peperiksaan Akhir
MGA2013FIQH MUAMALAT IKMB22/11/20108:30AM3 jam 0 minitSTADIUM851
MAB2033PERAKAUNAN LANJUTAN IKMB25/11/20108:30AM3 jam 0 minitSTADIUM492
MAD3013AUDIT DAN PERKHIDMATAN ASURANKMB26/11/20109:00AM3 jam 0 minitSTADIUM539
MAE3013PERCUKAIAN KORPORAT DAN ZAKATKMB27/11/20109:00AM3 jam 0 minitSTADIUM624
MFA3033PENGURUSAN KEWANGAN KORPORATKMB01/12/20108:30AM3 jam 0 minitSTADIUM457
MHB4013UNDANG-UNDANG SYARIKATKMB04/12/20109:00AM2 jam 30 minitSTADIUM435

Aku rase tak salah...tapi sebenarnya..



Aku rasa aku tak salah jika ada bencana alam yang melanda dunia, iyalah, bukan aku yang jadikan banjir, gempa bumi dan semua bencana.
Tapi sebenarnya salah aku kerana aku membuat maksiat, lalai dari mengingati yang bahawanya tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah. Aku tidak ingin merubah diri sendiri dan orang lain sampai Allah murka dan menurunkan bala kepada umat manusia.
Aku rasa aku tak salah jika maksiat, zina, buang bayi berlaku tiap-tiap hari dan makin meningkat setiap masa, iyalah, bukan aku yang lakukan hal terkutuk itu. Aku buat kerja aku sahaja.
Tapi sebenarnya salah aku kerana aku tak mahu peduli tentang masyarakat. Tidak mahu menjadi contoh yang baik agar masyarakat beringat menjauhi maksiat. Aku sendiri banyak mengikut budaya-budaya barat dan aku sendiri meremehkan hubungan lelaki dan perempuan sebelum nikah sampai tanpa tak sedar dengan bertambahnya orang macam aku, membuat orang yang lain berasa tidak malu untuk ke arah zina dan berzina.
Aku rasa aku tak salah jika orang lain mengata buruk tentang aku, iyalah, mulut org kan. Payah nak tutup. Aku buat hal aku sudah.
Tapi sebenarnya aku salah kerana aku membiarkan orang lain berperangai buruk dan kerana sikap endah tak endah aku dan tidak mahu memaafkan, menasihati orang dan tidak menunjukkan kebaikan pada orang itu serta lari dari mendekati orang tersebut, membuat ramai yang lainnya terpalit dan terkena dengan kejahatan orang itu. Makin ramai orang yg merasa sakit hati kerana sikap 'ego' aku itu.
Aku rasa aku tak salah jika orang-orang Kafir memusuhi masyarakat Islam. Orang-orang kafir melakukan kekejaman ke atas orang Islam. Iyalah, memang dah dasar Kafir, memang jahat!
Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri yang tidak mahu berdakwah walaupun sekecil-kecil dakwah dan tidak pernah punya rasa untuk menunjukkan Islam itu baik kepada orang-orang Kafir. Aku terus-terusan hina dan benci orang Kafir tanpa aku sendiri melakukan ikhtiar untuk merubah diri sendiri dan masyarakat agar orang Islam dapat membuktikan bahwa Islam itu baik dan tidak membebankan. Pernahkah aku berusaha?
Aku rasa aku tak salah jika kemiskinan melanda dunia. Iyalah, dah mereka miskin, siapa suruh tak belajar rajin-rajin, belajar tinggi-tinggi.
Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri sombong dan sangat berkira jika ingin menghulurkan bantuan kepada mereka. Aku sering memboroskan duit aku kepada hal-hal yang sia-sia dan tidak penting. Padahal duit itu hanyalah untuk nafsuku, mengapa tidak untuk saudara-saudaraku yang sedang menderita? Aku makan enak-enak setiap hari, jika tidak dapat yg enak, aku marah padahal aku dah selalu makan enak-enak, si miskin tidak pernah sekali pun merasa keenakkan makanan yang aku makan. Mengapa aku merasakan mereka tidak ada kena mengena dengan aku? Bukankah kita semua berasal dari Adam yang sama?
Aku rasa aku tak salah jika aku berkata tentang keburukan orang dan mengiyakan setiap keburukan orang lain yang diceritakan kepada ku. Iyalah, dah memang jahat, nak bela buat apa? Biarlah dia. Tak ada kena mengenapun dengan aku. Aku tak jahat macam dia.
Tapi sebenarnya aku salah kerana bermula dari aku, dan pertambahan aku sebagai orang-orang yang mengatakan dan mengiyakan keburukan orang tersebut, orang lain turut sama membenci orang itu. Semakin hari berkurangnya orang yang mendekati dia dan dia berasa tertekan dan membuatkan dia tidak mahu berubah dan sikapnya menjadi semakin buruk kerana tidak ada yang mahu menasihati dan menyayangi. Dan semakin ramai yang sakit hati serta tiada keharmonian dalam masyarakat. Orang-orang menjadi semakin liar dan tidak mustahil sikap suka mengumpat juga berkembang pada orang lain. Aku telah memupuk budaya tidak sihat itu! Sebenarnya aku juga dua kali lima jahat.
Aku rasa aku tak salah kerana tidak menutup aurat dan tidak menutup aurat dengan baik. Iyalah, aku tengok semua orang biasa sahaja buat macam itu. Tak ada apa-apa pun. Ia kan kebebasan berpakaian namanya.
Tapi aku salah kerana aku telah membuka peluang mata-mata gatal yang tidak mahu menjaga pandangan. Salah aku kerana kerana dari aku dan bertambahnya orang macam aku, telah menaikkan nafsu manusia yang selama ini teguh, lama-kelamaan meruntuh! Dari kerana aku, yang lain tertarik mengikut sikap tidak menutup aurat aku dan mereka menjadi mangsa nafsu buas manusia! Puncanya aku, kejamnya aku!
Aku rasa aku tak salah setiap masa.
Tapi sebenarnya aku salah lebih berganda-ganda setiap masa. Kerana aku tidak pernah ambil peduli. Pantaslah neraka yang sehina-hina tempat kembali jika aku masih tidak mahu berubah.
Astaghfirullah! 
Artikel iluvislam.com

Saturday, November 13, 2010

buat dirimu..

Assalamu'alaikum,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang,
alhamdulillah..
diharap dengan kehadiran blog ini dapat menggencarkan lagi kaki ini untuk melangkah,
apa yang dapat dikongsi menjadi paparan diri sendiri juga
buat mereka yang dahagakan titisan ma'rifat dan maghfirah dariNya..

wassalam